Aktiviti Ekonomi Semasa Koperasi Muhammad Aishah Mandak (M.A.M)
Buat masa ini, Koperasi tidak ada sebarang aktiviti. Semenjak penubuhan, Koperasi telah pun membuat beberapa permohonan kawasan kelapa sawit dan juga tanah komersil di Kotasas. Namun demikian baru kini berpeluang mengusahakan tanah seluas 117.6 ekar di Batu 8 Lepar. Sepanjang hampir setahun lebih ini telah dihabiskan untuk mengenalpasti kawasan, membuat tinjauan ke tapak, mengenalpasti kontraktor, perlantikan peguam dan konsultan-konsultan bagi mendaftar pajakan lot tersebut.